Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji bagi yang memiliki langit dan bumi, yang mengukuhkan langit tanpa berpaksi, yang membekalkan gas punya variasi, yang menggerakkan paru-paru tanpa henti, yang mengalirkan darah membawa besi, dan yang mengetahui bilakah semua itu akan berhenti.
Dengan kurniaan Allah, segala puji bagi-Nya, program Muhibbah09 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.
Sukacitanya di sini, saya ingin menyatakan seribu satu apresiasi kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Tahniah kepada saudara Dziya, saudari Fatin Akmal dan lain-lain yang telah menjadi perintis dalam pengurusan pilihanraya mahasiswa JUST08 buat kali pertama.
Terima kasih kepada saudara Ibrahim, saudari Maryam dan lain-lain yang telah bertungkus-lumus dan berpenat-lelah melaksanakan program kita. Semoga apa yang Allah cinta, menjadi cinta kita.
Terima kasih kepada semua yang berbakti untuk mahasiswa JUST08. Sesungguhnya yakinlah, bahawa bekerja untuk Islam itu ada ganjarannya.
dan..
Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada yang TIDAK mengundi saya, kerana anda tidak meletakkan saya dalam senarai manusia-manusia yang bakal menyesal di akhirat nanti.
Kepada yang mengundi saya, serta yang memberi kepercayaan kepada saya, ini pesanan saya :
Saya bukan yang terbaik di kalangan kalian. Jadi, tegurlah dan nasihatilah saya jika saya tersasar dari landasan perjuangan Islam dalam memimpin.
JUST08 boleh berdiri tanpa saya tetapi saya tidak boleh berdiri tanpa JUST08.
Memetik kata-kata Dziya semalam, "Taklif laisa Tasyrif".
Allah Maha Mengetahui.
Kita membaca ayat-ayat Tuhan!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Aku memohon apa yang aku tulis mendapat redha-Mu, berputiklah iman dalam sanubari saudaraku, dan mencetus hidayah kepada yang masih hatinya beku.
"Tiada alasan untuk budak medik ni tidak peduli terhadap agama," kata-kata itu aku pegang sampai sekarang. Azimat yang Ustaz Fakrurrazi berikan ketika aku bertemunya setelah kuliah malam Maulidurrasul.
Tapi itu adalah kesimpulan setelah ustaz menghuraikan perkara tersebut dengan agak panjang sebelum itu.
* * * *
Anatomy, Histology, Physiology.
Subjek-subjek asas yang ditelaah oleh pelajar perubatan.
Kita belajar sesuatu yang disusun dan digerakkan.
Kita belajar sesuatu yang sempurna dan disempurnakan.
Kita belajar sesuatu yang ada tujuan.
Tujuan penciptaan.
Ciptaan siapa? Siapa lagi kalau bukan Tuhan. Daripada sekecil-kecil Histology sehingga sebesar-besar Anatomy dan bagaimana Physiology berfungsi.
* * * *
Ustaz Fakrurrazi duduk di bawah. Aku mendengar penerangannya.
"Ayat-ayat Allah ada tiga," dia mulakan kata-katanya.
"Ayat Kalamiah, ayat yang Allah turunkan melalui Al-Quran"
"Ayat Kauniah, ayat yang Allah tunjukkan dalam penciptaannya"
"Ayat Takwiniah, ayat yang Allah tunjukkan hasil daripada penciptaannya itu"
"Gunung berapi itu ayat kauniah, letusan itu ayat takwiniah"
"Sebab itu, pelajar perubatan tiada alasan untuk tidak bertaqwa kepada Allah, kerana mereka belajar lebih banyak ayat-ayat Allah"
Berderu darah aku mendengarnya. Besar tanggungjawab sebagai pelajar yang MEMBACA AYAT-AYAT TUHAN.
Kalau anatomy itu ayat kauniah, physiology itulah ayat takwiniah....yang Allah tunjukkan kepada kita, wahai pelajar-pelajar perubatan!

Berbaloikah kita setahun ini?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Semoga apa yang aku tulis mendapat redha-Mu, menambah iman saudaraku, menjadi pencetus hidayah kepada yang masih hatinya beku.
"Saya pilih untuk belajar di timur tengah kerana di sana pernah melahirkan ramai ilmuan Islam"
"Timur tengah pernah menjadi tamadun agung ilmu"
"Timur tengah adalah bumi para nabi"
Itu adalah antara teks cliche yang seringkali kita dengar dari mulut-mulut bakal penuntut ilmu yang akan melanjutkan pelajaran di timur tengah.
Tidak ketinggalan juga, ayat-ayat tersebut turut digunakan dalam temuduga untuk mendapatkan biasiswa.
Terpulanglah, masing-masing ada pandangan sendiri. Sudut pandangan itu turut berperanan membentuk matlamat.
Matlamat kita dalam akademik, semua itu sudah diketahui.
Namun, bagaimana pula matlamat lain, yang bakal menghiasi matlamat utama akademik itu?
Lupakah kita dengan ayat-ayat berikut?
"Datang sini, aku nak belajar bahasa arab, mantapkan bahasa arab"
"Hafazan 30 juzu' insya-Allah menjadi matlamat aku"
"Ilmu di sini banyak. Mesti kena ambil ni"
Biarpun mungkin ayatnya berbeza, tapi apa yang diperkatakan itu tetap terkena pada kita.
Sejauh mana kita telah mencedok warisan bumi ilmuan?
Banyak mana contoh-contoh akhlak nabi yang kita cedok daripada bumi yang dijejak oleh mereka ini?
Apakah kita mampu menjawab kepada keluarga kita bahawa kita telah punyai 'sesuatu' untuk dibawa pulang?
Lebih penting lagi, apakah kita mampu menjawab di hadapan Tuhan bahawa harta yang dikurniakan oleh-Nya telah kita gunakan sebaiknya dalam mencari manfaat? Sedangkan peluang telah ada di hadapan mata! Jawablah sendiri wahai pemegang biasiswa rakyat.
Renungkanlah.