Sekalung penghargaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Segala puji bagi yang memiliki langit dan bumi, yang mengukuhkan langit tanpa berpaksi, yang membekalkan gas punya variasi, yang menggerakkan paru-paru tanpa henti, yang mengalirkan darah membawa besi, dan yang mengetahui bilakah semua itu akan berhenti.

Dengan kurniaan Allah, segala puji bagi-Nya, program Muhibbah09 telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sukacitanya di sini, saya ingin menyatakan seribu satu apresiasi kepada yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada saudara Dziya, saudari Fatin Akmal dan lain-lain yang telah menjadi perintis dalam pengurusan pilihanraya mahasiswa JUST08 buat kali pertama.

Terima kasih kepada saudara Ibrahim, saudari Maryam dan lain-lain yang telah bertungkus-lumus dan berpenat-lelah melaksanakan program kita. Semoga apa yang Allah cinta, menjadi cinta kita.

Terima kasih kepada semua yang berbakti untuk mahasiswa JUST08. Sesungguhnya yakinlah, bahawa bekerja untuk Islam itu ada ganjarannya.

dan..

Tahniah dan terima kasih sekali lagi kepada yang TIDAK mengundi saya, kerana anda tidak meletakkan saya dalam senarai manusia-manusia yang bakal menyesal di akhirat nanti.

Kepada yang mengundi saya, serta yang memberi kepercayaan kepada saya, ini pesanan saya :
Saya bukan yang terbaik di kalangan kalian. Jadi, tegurlah dan nasihatilah saya jika saya tersasar dari landasan perjuangan Islam dalam memimpin.

JUST08 boleh berdiri tanpa saya tetapi saya tidak boleh berdiri tanpa JUST08.

Memetik kata-kata Dziya semalam, "Taklif laisa Tasyrif".

Allah Maha Mengetahui.