Kita membaca ayat-ayat Tuhan!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Aku memohon apa yang aku tulis mendapat redha-Mu, berputiklah iman dalam sanubari saudaraku, dan mencetus hidayah kepada yang masih hatinya beku.

"Tiada alasan untuk budak medik ni tidak peduli terhadap agama," kata-kata itu aku pegang sampai sekarang. Azimat yang Ustaz Fakrurrazi berikan ketika aku bertemunya setelah kuliah malam Maulidurrasul.

Tapi itu adalah kesimpulan setelah ustaz menghuraikan perkara tersebut dengan agak panjang sebelum itu.

* * * *

Anatomy, Histology, Physiology.

Subjek-subjek asas yang ditelaah oleh pelajar perubatan.

Kita belajar sesuatu yang disusun dan digerakkan.

Kita belajar sesuatu yang sempurna dan disempurnakan.

Kita belajar sesuatu yang ada tujuan.

Tujuan penciptaan.

Ciptaan siapa? Siapa lagi kalau bukan Tuhan. Daripada sekecil-kecil
Histology sehingga sebesar-besar Anatomy dan bagaimana Physiology berfungsi.

* * * *

Ustaz Fakrurrazi duduk di bawah. Aku mendengar penerangannya.

"Ayat-ayat Allah ada tiga," dia mulakan kata-katanya.

"Ayat Kalamiah, ayat yang Allah turunkan melalui Al-Quran"

"Ayat Kauniah, ayat yang Allah tunjukkan dalam penciptaannya"

"Ayat Takwiniah, ayat yang Allah tunjukkan hasil daripada penciptaannya itu"

"Gunung berapi itu ayat kauniah, letusan itu ayat takwiniah"

"Sebab itu, pelajar perubatan tiada alasan untuk tidak bertaqwa kepada Allah, kerana mereka belajar lebih banyak ayat-ayat Allah"

Berderu darah aku mendengarnya. Besar tanggungjawab sebagai pelajar yang
MEMBACA AYAT-AYAT TUHAN.

Kalau
anatomy itu ayat kauniah, physiology itulah ayat takwiniah....yang Allah tunjukkan kepada kita, wahai pelajar-pelajar perubatan!

0 comments:

Post a Comment